Thursday 13 February 2020

Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bahagian Bukit Gantang.

Asalamualaikum , sekarang kan tengah hangat dengan pemilihan. secara tak langsung aku pun mula berkempen untuk kawan kawan yang aku rasa layak dan boleh buat kerja. Kita nak pilih pemimpin pun kena pikir 2 3 4 mungkin 10 kali sekarang ni. bukan apa yang dok ada tembolok dah besaq. paham dak? kalau tak paham pikiaq la sendiri. saya cuma nak sarankan ppbm bukit gantang sokong lah calon calon ni. bukan apa depa ni saya kenai dan depa memang bulih dan terbukti pernah buat kerja dengan baik dari zaman tertubuhnya PPBM. tapi kalau tak maknanya PPBM Bukit Gantang akan mengalami masaalah yang sama sampai bila bila. #kampungkuinginberubah #ppbm #bersatu #bukitgantang tepuk dada tanya selera, saya hanya mencadangkan.. kalau sokong lagi baik undilah dengan bijak.





Monday 30 December 2019

UMNO Bahagian Taiping Lumpuh

Gara gara kekalahan Umno dan BN di PRU Di khabarkan UMNO Bahagian Taiping Lumpuh pada masa ini setelah banyak cawangan khususnya di kawasan dun Aulong Dan Pokok Asam dibubarkan.

Ini bermula Dari persidangan tahunan Bahagian dimana UMNO Bahagian Taiping didakwa telah gagal untuk menyediakan kertas persidangan untuk perwakilan cawangan ke persidangan tersebut.

UMNO Bahagian juga didakwa gagal untuk menyediakan senarai Nama perwakilan terkini Dan menggunakan senarai Nama perwakilan tahun 2018.

Maklumat ini disahkan oleh seorang ketua wanita cawangan Dari dun Pokok Asam.

Pada persidangan tersebut Ketua Umno Bahagian Dato Ahmad Shalimin turut berjanji akan membubarkan AJK Bahagian Dan melantik AJK yg mahu berkerja Dan berwibawa.

Malang sekali bagi Umno Bahagian Taiping bahawa ini hanyalah janji semata mata selepas pada persidangan UMNO Bahagian Taiping tidak Ada apa yang dilakukan beliau.

Sejak Dari itu satu persatu cawangan cawangan UMNO Bahagian Taiping telah dibubarkan kerana hilang kepercayaan terhadap Ketua Bahagian Dan seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Taiping.

Rata rata bekas ahli umno menyatakan kekecewaan mereka dengan terus menyertai parti Bersatu Dan Amanah di Bahagian Taiping.

Pergolakan dalaman UMNO BAHAGIAN TAIPING menyebabkan ramai ahli menyatakan rasa tidak puas Hati Dan kecewa dengan parti tersebut.

Daripada 51 cawangan UMNO Bahagian Taiping Kira kira hanya 20 cawangan yang masih wujud.

Umno Taiping Lumpuh sepenuhnya.

Tuesday 15 October 2013

Wan Bro 4nkp, ugutan atau amaran?

Cuba lihat gambar. Kenyataan yg dibuat oleh seorang mantan ajk Pemuda yg sudah tamat tempoh.. adakah ini satu amaran atau satu ugutan? Wallahualam..

Sunday 29 September 2013

Salah Laku etika pemilihan 2013

Dalam satu majlis semalam di sebuah Hotel Di taiping.. Seorang induvidu telah berkempen dan bagi TR ianya mungkin telah melangar etika pemilihan kerana cara beliau memberi ucapan adalah seperti ini....

"kenalah menyokong sipolan ini , kerana ingin menyiapkan sesuatu yg belum siap... kalau dah siap nanti ambillah jawatan itu..."

adakah dengan berucap sedemikian, orang yg berucap itu boleh diambil tindakan ataupun sipolan yg dinamakan itu juga turut boleh diambil tindakan?

TR merujuk kepada perkara dibawah. :-

Ahli-ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-

2.1 RASUAH / SOKONGAN POLITIK

2.1.1 Tidak bolih menyalahgunakan apa jua kuasa dengan tujuan mendorong atau memaksa ahli-ahli UMNO mengundi dalam pemilihan parti bagi pihak nya sendiri atau bagi pihak lain.

2.1.2 Tidak boleh memberi atau meminjam atau meminta atau menawarkan, menjajanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai dengan tujuan mendorong seseorang Ahli dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

2.1.3 Tidak boleh memberi atau menerima bagi pihaknya secara langsung atau secara tidak langsung apaapa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebalknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

wallahualam...


Ngo diperkuda bagi tujuan kempen pemilihan UMNO

Sehari demi sehari semua gerak geri calon calon yg bertanding diperhatikan oleh seluruh ahli umno dan yg paling diperhatikan ialah gerak geri calon calon yg bertanding untuk jawatan jawatan atasan...

Oleh kerana tidak boleh berkempen secara terang terangan ada dikalangan calon telah memperkudakan ngo ngo untuk berkempen... Beberapa laporan ke tatatertib umno juga sedang dipersiapkan , bukti bukti sedang dikumpul kata mereka... Saya tak terlibat, mereka cerita saya tulis... Wallahualam..

Friday 27 September 2013

Campur tangan Majlis belia Daerah LMS

Tak pernah terjadi dalam mana mana mesyuarat Majlis belia daerah dalam Malaysia apa bila ada campur tangan dalam pemilihan majlis belia.. satu satunya Majlis belia daerah dalam Malaysia telah menempa sejarah..

Majlis belia daerah LMS telah melantik bukan belia kelahiran LMS untuk menjadi pengerusi? Sudah ketandusan pemimpin belia LMS atau pun campur tangan sesetengah pihak bagi tujuan menjaga kepentingan peribadi?

Wallahualam..

Tuesday 24 September 2013

Calon Ketua Bahagian UMNO Taiping Dapat SMS dari orang tak dikenali

Calon Ketua Bahagian No 02 Dr. Syed telah satu SMS dan di c.c kan kepada Taiping Review dan inilah Isi Kandungan SMS tersebut.

Assamualaikum sahabat sepermainan semasa baru memasuki zaman remaja. Sihat ke. Munkin tuan Dr Said Hassan maseh ingat akn saya dgn panggilan Ai. Terkejut juga saya apabila di maalumkan bahawa Tuan Dr Said bertanding sebagai ketua bahagian taiping. Apa yg buat saya terkilan disini Tuan Dr Said bertanding dgn setiausaha politik Mb, dlm masa yg sama dinda Tuan Dr Said sahabat baik Mb dan juga Dato Salimin yg mn Tuan Dr said pun sedia maalum bahawa adinda tuan Dr pun bertanding d bhgian Bkt Gantang bhgian saya. Klu zaman Dato malek 100% sy sokong tuan Dr.
Sebagai sahabat saya ingin momohon agar sahabat ku Tuan Dr said Hassan mempertimbangkan atau memberi laluan kepada Dato Salimin sebagai ketua bahagian..saya risau juga sekira nya TuanDr Said bertanding sedikit sebanyak terjejas juga kedudukan adinda Tuan Dr said di Bkt gantang. Sekira nya saya terkasar bahasa sy mohon maaf. Masa maseh ada utk Tuan Dr Said buat keputusan untuk masa depan. Amin..tk. 


no telefon orang yg SMS 01957441**

Persoalan saya... ahli bukit gantang sibuk dengan pemilihan bahagian taiping.. atau ahli taiping yg menyamar sebagai ahli bukit gantang?

Wallahualam...