Sunday 29 September 2013

Salah Laku etika pemilihan 2013

Dalam satu majlis semalam di sebuah Hotel Di taiping.. Seorang induvidu telah berkempen dan bagi TR ianya mungkin telah melangar etika pemilihan kerana cara beliau memberi ucapan adalah seperti ini....

"kenalah menyokong sipolan ini , kerana ingin menyiapkan sesuatu yg belum siap... kalau dah siap nanti ambillah jawatan itu..."

adakah dengan berucap sedemikian, orang yg berucap itu boleh diambil tindakan ataupun sipolan yg dinamakan itu juga turut boleh diambil tindakan?

TR merujuk kepada perkara dibawah. :-

Ahli-ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-

2.1 RASUAH / SOKONGAN POLITIK

2.1.1 Tidak bolih menyalahgunakan apa jua kuasa dengan tujuan mendorong atau memaksa ahli-ahli UMNO mengundi dalam pemilihan parti bagi pihak nya sendiri atau bagi pihak lain.

2.1.2 Tidak boleh memberi atau meminjam atau meminta atau menawarkan, menjajanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai dengan tujuan mendorong seseorang Ahli dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

2.1.3 Tidak boleh memberi atau menerima bagi pihaknya secara langsung atau secara tidak langsung apaapa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebalknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

wallahualam...


Ngo diperkuda bagi tujuan kempen pemilihan UMNO

Sehari demi sehari semua gerak geri calon calon yg bertanding diperhatikan oleh seluruh ahli umno dan yg paling diperhatikan ialah gerak geri calon calon yg bertanding untuk jawatan jawatan atasan...

Oleh kerana tidak boleh berkempen secara terang terangan ada dikalangan calon telah memperkudakan ngo ngo untuk berkempen... Beberapa laporan ke tatatertib umno juga sedang dipersiapkan , bukti bukti sedang dikumpul kata mereka... Saya tak terlibat, mereka cerita saya tulis... Wallahualam..

Friday 27 September 2013

Campur tangan Majlis belia Daerah LMS

Tak pernah terjadi dalam mana mana mesyuarat Majlis belia daerah dalam Malaysia apa bila ada campur tangan dalam pemilihan majlis belia.. satu satunya Majlis belia daerah dalam Malaysia telah menempa sejarah..

Majlis belia daerah LMS telah melantik bukan belia kelahiran LMS untuk menjadi pengerusi? Sudah ketandusan pemimpin belia LMS atau pun campur tangan sesetengah pihak bagi tujuan menjaga kepentingan peribadi?

Wallahualam..

Tuesday 24 September 2013

Calon Ketua Bahagian UMNO Taiping Dapat SMS dari orang tak dikenali

Calon Ketua Bahagian No 02 Dr. Syed telah satu SMS dan di c.c kan kepada Taiping Review dan inilah Isi Kandungan SMS tersebut.

Assamualaikum sahabat sepermainan semasa baru memasuki zaman remaja. Sihat ke. Munkin tuan Dr Said Hassan maseh ingat akn saya dgn panggilan Ai. Terkejut juga saya apabila di maalumkan bahawa Tuan Dr Said bertanding sebagai ketua bahagian taiping. Apa yg buat saya terkilan disini Tuan Dr Said bertanding dgn setiausaha politik Mb, dlm masa yg sama dinda Tuan Dr Said sahabat baik Mb dan juga Dato Salimin yg mn Tuan Dr said pun sedia maalum bahawa adinda tuan Dr pun bertanding d bhgian Bkt Gantang bhgian saya. Klu zaman Dato malek 100% sy sokong tuan Dr.
Sebagai sahabat saya ingin momohon agar sahabat ku Tuan Dr said Hassan mempertimbangkan atau memberi laluan kepada Dato Salimin sebagai ketua bahagian..saya risau juga sekira nya TuanDr Said bertanding sedikit sebanyak terjejas juga kedudukan adinda Tuan Dr said di Bkt gantang. Sekira nya saya terkasar bahasa sy mohon maaf. Masa maseh ada utk Tuan Dr Said buat keputusan untuk masa depan. Amin..tk. 


no telefon orang yg SMS 01957441**

Persoalan saya... ahli bukit gantang sibuk dengan pemilihan bahagian taiping.. atau ahli taiping yg menyamar sebagai ahli bukit gantang?

Wallahualam...