Wednesday 28 August 2013

Pemuda UMNO Bahagian Taiping (part1)

Hampir semua cawangan pemuda umno bahagian taiping selesai menjalankan persidangan, ada ketua pemuda cawangan baru dan ahli ahli yang telah dipilih menjadi perwakilan di peringkat bahagian, yang seronoknya ramai dah bercita cita nak jadi KP NKP dan Perwakilan ke PAU pemuda(G2) , yg pasang niat baik pun banyak yang niat tak baik pun banyak... ikut suka hangpa la.. aku menulis bukan kerna nama...

Setakat harini.. Taiping berkemungkinan ada 3 calon KP , 3 calon NKP dan 12 calon G2..fuh jenuh nak pilih ni..

Aku cuba sehabis baik untuk tidak mempengaruhi mana mana perwakilan untuk memilih.. ini adalah pendapat aku tentang Calon KP taiping... bukan nak fitnah bukan nak buruk mana mana pihak..satgi kena gantung pulak keahlian sekali lagi,... cukuplah umno menghukum aku selama 3 tahun..gantung setahun hilang kelayakan 2 tahun...lama tu...

Calon KP no1....
Orangnya.. tak tinggi tak rendah... kaya... kapal di laut gedung di darat...
tapi sayang ... tak menetap di taiping.. orangnya baik... takdak isu... kecuali.... lu pikirla sendiri..

Calon KP no2...
Orangnya tinggi... bergaya bak panglima... kaya tapi tak macam calon no 1..
budi bahasa ada... kalau dengan aku bersahaja.. menetap di taiping.. cuma aku was was pendirian dia ja..

Calon KP no3.
Ni calon kena jolok sarang tebuan.. hehe,. orang nya baik.. tapi tak kaya... biasa biasa... momentem kurang sikit.. sebab belum mai jumpa aku...

nanti kita sambung part 2...


Monday 26 August 2013

Tahniah Blogger TaipingMali di lantik Sebagai Ketua Cawangan UMNO di Bahagian Taiping


Semalam saya berjumpa dengan blogger TaipingMali , untuk mendapat kepastian bahawa beliau telah di pilih dan dilantik secara sebulat suara oleh satu cawangan UMNO didalam bahagian Taiping, sebagai Ketua cawangan, dengan rasa hormat saya mengucapkan Tahniah kerana golongan blogger juga layak memimpin UMNO, ini menunjukkan bahawa UMNO Bahagian Taiping Khususnya menerima Blogger sebagai Pemimpin UMNO tempatan. Tapi blogger blogger macai PR PAS langsung tidak mendapat tempat dalam parti mereka sendiri, sebagai contoh Blogger ManjungMari yang banyak berbunyi sedangkan PAS PKR tidak mengiktiraf beliau, tidak seperti TaipingMali dah terbukti dan diiktiraf sebagai pemimpin Akar umbi UMNO itu sendiri.

Apa kirapun Tahniah La Cikgu no... Buat kerja elok elok toksah jadi macam yang lepas lepas.. nak tanya sikit ADUN kamunting dah ucap tahniah ka blom lagi?

Hidup Blogger!

Tolong follow Blog saya banyak cerita cerita Pemilihan UMNO Bahagian Taiping akan saya ceritakan.. insyaAllah...

Asalamualaikum 
Muzamir Ismail