Cuba lihat gambar. Kenyataan yg dibuat oleh seorang mantan ajk Pemuda yg sudah tamat tempoh.. adakah ini satu amaran atau satu ugutan? Wallahualam..
Tuesday, 15 October 2013
Sunday, 29 September 2013
Salah Laku etika pemilihan 2013
"kenalah menyokong sipolan ini , kerana ingin menyiapkan sesuatu yg belum siap... kalau dah siap nanti ambillah jawatan itu..."
adakah dengan berucap sedemikian, orang yg berucap itu boleh diambil tindakan ataupun sipolan yg dinamakan itu juga turut boleh diambil tindakan?
TR merujuk kepada perkara dibawah. :-
Ahli-ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-
2.1 RASUAH / SOKONGAN POLITIK
2.1.1 Tidak bolih menyalahgunakan apa jua kuasa dengan tujuan mendorong atau memaksa ahli-ahli UMNO mengundi dalam pemilihan parti bagi pihak nya sendiri atau bagi pihak lain.
2.1.2 Tidak boleh memberi atau meminjam atau meminta atau menawarkan, menjajanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai dengan tujuan mendorong seseorang Ahli dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
2.1.3 Tidak boleh memberi atau menerima bagi pihaknya secara langsung atau secara tidak langsung apaapa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebalknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
wallahualam...
Ngo diperkuda bagi tujuan kempen pemilihan UMNO
Sehari demi sehari semua gerak geri calon calon yg bertanding diperhatikan oleh seluruh ahli umno dan yg paling diperhatikan ialah gerak geri calon calon yg bertanding untuk jawatan jawatan atasan...
Oleh kerana tidak boleh berkempen secara terang terangan ada dikalangan calon telah memperkudakan ngo ngo untuk berkempen... Beberapa laporan ke tatatertib umno juga sedang dipersiapkan , bukti bukti sedang dikumpul kata mereka... Saya tak terlibat, mereka cerita saya tulis... Wallahualam..
Friday, 27 September 2013
Campur tangan Majlis belia Daerah LMS
Tak pernah terjadi dalam mana mana mesyuarat Majlis belia daerah dalam Malaysia apa bila ada campur tangan dalam pemilihan majlis belia.. satu satunya Majlis belia daerah dalam Malaysia telah menempa sejarah..
Majlis belia daerah LMS telah melantik bukan belia kelahiran LMS untuk menjadi pengerusi? Sudah ketandusan pemimpin belia LMS atau pun campur tangan sesetengah pihak bagi tujuan menjaga kepentingan peribadi?
Wallahualam..
Tuesday, 24 September 2013
Calon Ketua Bahagian UMNO Taiping Dapat SMS dari orang tak dikenali
Assamualaikum sahabat sepermainan semasa baru memasuki zaman remaja. Sihat ke. Munkin tuan Dr Said Hassan maseh ingat akn saya dgn panggilan Ai. Terkejut juga saya apabila di maalumkan bahawa Tuan Dr Said bertanding sebagai ketua bahagian taiping. Apa yg buat saya terkilan disini Tuan Dr Said bertanding dgn setiausaha politik Mb, dlm masa yg sama dinda Tuan Dr Said sahabat baik Mb dan juga Dato Salimin yg mn Tuan Dr said pun sedia maalum bahawa adinda tuan Dr pun bertanding d bhgian Bkt Gantang bhgian saya. Klu zaman Dato malek 100% sy sokong tuan Dr.
Sebagai sahabat saya ingin momohon agar sahabat ku Tuan Dr said Hassan mempertimbangkan atau memberi laluan kepada Dato Salimin sebagai ketua bahagian..saya risau juga sekira nya TuanDr Said bertanding sedikit sebanyak terjejas juga kedudukan adinda Tuan Dr said di Bkt gantang. Sekira nya saya terkasar bahasa sy mohon maaf. Masa maseh ada utk Tuan Dr Said buat keputusan untuk masa depan. Amin..tk.
no telefon orang yg SMS 01957441**
Persoalan saya... ahli bukit gantang sibuk dengan pemilihan bahagian taiping.. atau ahli taiping yg menyamar sebagai ahli bukit gantang?
Wallahualam...
Wednesday, 28 August 2013
Pemuda UMNO Bahagian Taiping (part1)
Setakat harini.. Taiping berkemungkinan ada 3 calon KP , 3 calon NKP dan 12 calon G2..fuh jenuh nak pilih ni..
Aku cuba sehabis baik untuk tidak mempengaruhi mana mana perwakilan untuk memilih.. ini adalah pendapat aku tentang Calon KP taiping... bukan nak fitnah bukan nak buruk mana mana pihak..satgi kena gantung pulak keahlian sekali lagi,... cukuplah umno menghukum aku selama 3 tahun..gantung setahun hilang kelayakan 2 tahun...lama tu...
Calon KP no1....
Orangnya.. tak tinggi tak rendah... kaya... kapal di laut gedung di darat...
tapi sayang ... tak menetap di taiping.. orangnya baik... takdak isu... kecuali.... lu pikirla sendiri..
Calon KP no2...
Orangnya tinggi... bergaya bak panglima... kaya tapi tak macam calon no 1..
budi bahasa ada... kalau dengan aku bersahaja.. menetap di taiping.. cuma aku was was pendirian dia ja..
Calon KP no3.
Ni calon kena jolok sarang tebuan.. hehe,. orang nya baik.. tapi tak kaya... biasa biasa... momentem kurang sikit.. sebab belum mai jumpa aku...
nanti kita sambung part 2...
Monday, 26 August 2013
Tahniah Blogger TaipingMali di lantik Sebagai Ketua Cawangan UMNO di Bahagian Taiping
Monday, 20 May 2013
Salahkah saya? Jefry Rejab
Jefri rejab, mantan ketua penerangan pemuda umno bahagian taiping mempersoalkan salahkah saya makan pagi?
Jefry turut menafikan apa yang dilapor dalam blog orangni adalah fitnah dan salah lapor, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam blog orangni.
Nampaknya lembaga displin party lebih percayakan blog lebih dari kenyataan ahli, sekiranya tindakan diambil.......ehem ehem...
Saturday, 18 May 2013
Taiping night flyers
Taiping ada hobby baru, taiping night flyers di padang esplanade taiping, glider berwarna warni dengan cahaya led.
Friday, 10 May 2013
Pemuda Umno jangan tak bertelor
Ketua pemuda umno telah membuktikan kesetiaan kepada parti walaupun tidak diberi jawatan menteri dalam sejarah umno inilah yg pertama kali setelah menang pilihanraya 2008, Khairy tetap setia dan berkerja untuk parti dan ketokohan beliau dalam parlimen tidak boleh dinafikan lagi.
Ketua pemuda umno harus mendapat jawatan menteri penuh dalam pembentukan kabinet BN setelah berusaha keras hampir semua calon pemuda menang dalam pru13.
Pemuda pemuda umno negeri jangan duduk diam tak bertelor sila ajukan kepada DSNajib yg Ketua pemuda UMNO layak menjadi menteri penuh. Fullstop.
Thursday, 9 May 2013
Azmin menderhakai Anwar
Sudah tiba masanya perubahan dibuat, pemimpin yang gagal ditukar ganti,
"Salah siapa PR gagal ke putrajaya ? " tweeter azmin
Selanjutnya di sini
Tuesday, 7 May 2013
Terkini: Rundingan kerajaan campuran PAS BN selangor
Terkini rundingan antara wakil wakil PAS Selangor dan BN sedang giat dijalankan bagi meriliasasi kerajaan campuran Pas Bn di selangor. Info dari Pas selangor. Kerana kedegilan Dap dan pkr melepaskan Jawatan MB kepada Pas. Bn akan memberi MB kepada pas sekiranya bersetuju bergabung kuasa di selangor.
Sunday, 5 May 2013
TAHNIAH B.N.
Tahniah kepada barisan nasional dan perdana menteri diatas kejayaan mengatasi kempen jom ubah, ini kalilah dan macam macam lagi. Kemenangan ini untuk semua #LAINKALILAH
Saturday, 4 May 2013
Saluran 5 membimbangkan
Atas pemerhatian di pusat mengundi dun kamunting. Sekolah rendah kebangsaan kamunting turnout atau kehadiran di saluran 5 amat sedikit dan membimbangkan. Sementara lain lain saluran amat baik. Kehadiran setakat ini melebihi 1500 pengundi.
Sekitar pusat pengundian dun kamunting
Keadaan sekitar pusat pembuangan undi dun kamunting sekolah rendah kebangsaan kamunting kehadiran yg baik leboh kurang 1000 pengundi sudah melaksanakan kewajipan.
Friday, 3 May 2013
Lima tahun DAP di pulau pinang
Kesejahteraan yang di janji DAP di pulau pinang selama 5 tahun berlalu, akan tetapi janji tinggal janji.
Gelandangan masih berleluasa, penarik beca masih tidur dalam beca, manakah janji 5 tahun dahulu.. sudah lupa apa?
Thursday, 2 May 2013
Kejatuhan PR di Taiping dirasai
Oleh kerana terdesak untuk menang di Taiping khususnya, penyokong penyokong PR terdesak dan mengambil tindakan mengoyak dan merosakkan sebahagian besar poster dan billbod barisan. Lokasi gambar diambil dikawasan kampung jambu berdekatan sekolah rendah kampung jambu.
Monday, 29 April 2013
Rasuah dan Kesedaran
Artikel Rasuah ini bukanlah niat untuk menunding jari mahupun mengecam mana mana pihak atau kaum, di tulis atas kesedaran dan menginsafi diri sendiri.
Rasuah telah wujud dari dahulu lagi zaman sebelum nenek moyang kita dan juga zaman nenek moyang sehinggalah kini. Tetapi isu yang di main kan pada masa sekarang ialah Kerajaan yang rasuah , Pegawai Kerajaan Rasuah orang melayu khususnya.
Berbalik kepada fakta fakta sejarah terdahulu, Negara kita ini sebelum merdeka telah dibangunkan oleh Pihak British, dimana segala kelengkapan pembangunan dibawa oleh british dan oleh british termasuk kontraktor kontraktor , buruh buruh dan sebagainya. Akan tetapi pada masa itu ramai masyarakat sesuatu kaum khususnya telah mempelopori bidang binaan termasuklah mendapatkan tender tender kecil dari British.
Setelah merdeka, tertubuhnya kerajaan kita sendiri, kontraktor kontraktor yang sedia wujud zaman sebelum merdeka adalah dari kaum tersebut, maka dengan pelan pembangunan infra yang banyak telah wujud banyak tender dari kerajaan, dan masa itu siapa yang bagi lebih dia yang akan mendapatkan kontrak pembinaan. Pada ketika itu yang dipersalahkan ialah penerima rasuah terdiri dari pegawai pegawai melayu, tapi harus diingatkan juga tidak ada istilah kontraktor bumiputra sebelum DEB. Siapakah yang mengajar pegawai pegawai melayu menerima suapan? adakah melayu dengan sendirinya pandai menerima suapan?
Segala jenis pusat hiburan, judi tempat maksiat juga tidak dipelepori oleh orang melayu, akan tetapi pemilik pemilik tempat tempat tersebut telah BERKAWAN atau buat kawan dengan penguatkuasa penguat kuasa melayu termasuk polis dan sebagainya. mengapa jadi begitu ? kerana mereka tahu setiap suapan andaikanlah RM1000 akan membawa pulangan yang berlipat kali ganda. dan ini telah menjadi intipati dalam sanubari mereka bahawa dengan memberi sedikit akan menerima laba keuntungan yang berlipat lipat kali ganda.
Budaya ini dibawa dari negara asal mereka dan dibudayakan disini, kenapa hari ini kita harus menunding jari hanya kepada kerajaan yang memerintah sedangkan mereka yang tidak berhenti henti memberi dan membuat kawan.
Raja dadah raja segala maksiat juga datang dari sini, hingga akhirnya bila terlampau ramai masyarakat terlibat dengan dadah meningkatkan lagi kepada masaalah jenayah, dan apabila jenayah meningkat ditunding pula jari kepada pihak polis yang tidak membuat kerja. Adilkah ini? kita harus kaji punca dari mana masaalah berlaku bukan hanya menundingkan jari kepada orang. Kalau pemberian terhenti maknanya tiada juga peneriamaan.
Akhir akhir ini warga bangla dan indonesia juga sudah berani menghulurkan wang. siapakah yang mengajar mereka? Tuan tuan empunya syarikat lori dan sebagainya telah menyediakan sampul untuk menempuh sekatan jalanraya.
Akan tetapi masyarakat melayu sekarang ini makin sedar dan peka terhadap sekeliling, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus , tepung jangan beselerak.
Wallahualam..
Thursday, 25 April 2013
Damage control oleh pengerusi bn di kuala kangsar
Pengerusi BN najib razak ke kawasan parlimen Kuala Kangsar untuk damage control setelah naib ketua wanita umno bertanding atas tiket bebas di parlimen tersebut. Ini memberi lebih keyakinan atas penerangan oleh pengerusi bn dan presiden umno sendiri atas kekecewaan dato kamillia bertanding sebagai calon bebas.
Saya serius Yusof bebas calon n17
Saya mengetahui segala permasalah rakyat pokok assam, bukan sekadar menurap jalan dan mengorek longkang seperti adun adun sebelumnya.. ramai pengundi datang ke pejabat saya dan mengadu pelbagai masaalah rakyat. Saya juga serius untuk mewakili dun pokok assam sekiranya terpilih. Bukan sekadar mengejar populariti.
Tuesday, 23 April 2013
Laporan Polis Terhadap Kenyataan Hadi Awang Mengenai Calon PKR Jual Pil Kuda
Saturday, 20 April 2013
Khalid Samad Kelaku serupa Kaldai
Malas nak cerita panjang tengok dan nilai seorang pemimpin pas berperangai serupa kaldai
Ini review dari orang lama buat P.60 Taiping
En. Ahmad bin Haji Kenek Orang Lama UMNO Bahagian Taiping memberi pendapat tentang PRU13 dan nasihat buat pengundi muda.
Friday, 19 April 2013
Yew Tian Hoe tanding bebas
Sesubuh sepie y.b Yew Tian Hoe.berkempen dari rumah ke rumah menyatakan hasrat beliau menjadi calon bebas. Nga kor ming jahat katanya.. video akan diupload kemudian.
Memperkenalkan calon bn bukit gantang
Satu majlis memperkenalkan calon calon bn bukit gantang kehadiran penyokong amat memberangsangkan. Hebat bn bukit gantang.
Tuesday, 16 April 2013
Inilah sikap sebenar calon N.18 : AULONG SOO KAY PENG
Hak yang pengundi perlu tahu.
Mewakili Rakyat Semua ahli-ahli parlimen untuk menjalankan pilihan raya, dan mereka mesti dipilih oleh rakyat. Mereka menjadi suara rakyat yang mengundi mereka, dan menggunakan kuasa politik mereka untuk mendapatkan pendapat orang mendengar dalam hal-hal undang-undang. Jika mereka gagal untuk memenuhi tanggungjawab ini, rakyat boleh memilih untuk tidak melantik semula ahli yang sama Parlimen apabila ia adalah masa untuk mengundi lagi.
Adakah ahli parlimen di tempat anda yang dahulu Mewakili anda? jika tidak? sila ajukan fakta diatas kepada calon Parlimen anda dan lihat apakah reaksi beliau, Lepas itu anda tentukan undi anda untuk siapa?
link penuh sumber http://www.ehow.com/list_6807264_duties-parliament_.html