Monday, 29 April 2013

Rasuah dan Kesedaran


Artikel Rasuah ini bukanlah niat untuk menunding jari mahupun mengecam mana mana pihak atau kaum, di tulis atas kesedaran dan menginsafi diri sendiri.

Rasuah telah wujud dari dahulu lagi zaman sebelum nenek moyang kita dan juga zaman nenek moyang sehinggalah kini. Tetapi isu yang di main kan pada masa sekarang ialah Kerajaan yang rasuah , Pegawai Kerajaan Rasuah orang melayu khususnya.

Berbalik kepada fakta fakta sejarah terdahulu, Negara kita ini sebelum merdeka telah dibangunkan oleh Pihak British, dimana segala kelengkapan pembangunan dibawa oleh british dan oleh british termasuk kontraktor kontraktor , buruh buruh dan sebagainya. Akan tetapi pada masa itu ramai masyarakat sesuatu kaum khususnya telah mempelopori bidang binaan termasuklah mendapatkan tender tender kecil dari British.

Setelah merdeka, tertubuhnya kerajaan kita sendiri, kontraktor kontraktor yang sedia wujud zaman sebelum merdeka adalah dari kaum tersebut, maka dengan pelan pembangunan infra yang banyak telah wujud banyak tender dari kerajaan, dan masa itu siapa yang bagi lebih dia yang akan mendapatkan kontrak pembinaan. Pada ketika itu yang dipersalahkan ialah penerima rasuah terdiri dari pegawai pegawai melayu, tapi harus diingatkan juga tidak ada istilah kontraktor bumiputra sebelum DEB. Siapakah yang mengajar pegawai pegawai melayu menerima suapan? adakah melayu dengan sendirinya pandai menerima suapan?

Segala jenis pusat hiburan, judi tempat maksiat juga tidak dipelepori oleh orang melayu, akan tetapi pemilik pemilik tempat tempat tersebut telah BERKAWAN atau buat kawan dengan penguatkuasa penguat kuasa melayu termasuk polis dan sebagainya. mengapa jadi begitu ? kerana mereka tahu setiap suapan andaikanlah RM1000 akan membawa pulangan yang berlipat kali ganda. dan ini telah menjadi intipati dalam sanubari mereka bahawa dengan memberi sedikit akan menerima laba keuntungan yang berlipat lipat kali ganda.

Budaya ini dibawa dari negara asal mereka dan dibudayakan disini, kenapa hari ini kita harus menunding jari hanya kepada kerajaan yang memerintah sedangkan mereka yang tidak berhenti henti memberi dan membuat kawan.

Raja dadah raja segala maksiat juga datang dari sini, hingga akhirnya bila terlampau ramai masyarakat terlibat dengan dadah meningkatkan lagi kepada masaalah jenayah, dan apabila jenayah meningkat ditunding pula jari kepada pihak polis yang tidak membuat kerja. Adilkah ini? kita harus kaji punca dari mana masaalah berlaku bukan hanya menundingkan jari kepada orang. Kalau pemberian terhenti maknanya tiada juga peneriamaan.

Akhir akhir ini warga bangla dan indonesia juga sudah berani menghulurkan wang. siapakah yang mengajar mereka? Tuan tuan empunya syarikat lori dan sebagainya telah menyediakan sampul untuk menempuh sekatan jalanraya.

Akan tetapi masyarakat melayu sekarang ini makin sedar dan peka terhadap sekeliling, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus , tepung jangan beselerak.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment