Monday, 29 April 2013
Rasuah dan Kesedaran
Artikel Rasuah ini bukanlah niat untuk menunding jari mahupun mengecam mana mana pihak atau kaum, di tulis atas kesedaran dan menginsafi diri sendiri.
Rasuah telah wujud dari dahulu lagi zaman sebelum nenek moyang kita dan juga zaman nenek moyang sehinggalah kini. Tetapi isu yang di main kan pada masa sekarang ialah Kerajaan yang rasuah , Pegawai Kerajaan Rasuah orang melayu khususnya.
Berbalik kepada fakta fakta sejarah terdahulu, Negara kita ini sebelum merdeka telah dibangunkan oleh Pihak British, dimana segala kelengkapan pembangunan dibawa oleh british dan oleh british termasuk kontraktor kontraktor , buruh buruh dan sebagainya. Akan tetapi pada masa itu ramai masyarakat sesuatu kaum khususnya telah mempelopori bidang binaan termasuklah mendapatkan tender tender kecil dari British.
Setelah merdeka, tertubuhnya kerajaan kita sendiri, kontraktor kontraktor yang sedia wujud zaman sebelum merdeka adalah dari kaum tersebut, maka dengan pelan pembangunan infra yang banyak telah wujud banyak tender dari kerajaan, dan masa itu siapa yang bagi lebih dia yang akan mendapatkan kontrak pembinaan. Pada ketika itu yang dipersalahkan ialah penerima rasuah terdiri dari pegawai pegawai melayu, tapi harus diingatkan juga tidak ada istilah kontraktor bumiputra sebelum DEB. Siapakah yang mengajar pegawai pegawai melayu menerima suapan? adakah melayu dengan sendirinya pandai menerima suapan?
Segala jenis pusat hiburan, judi tempat maksiat juga tidak dipelepori oleh orang melayu, akan tetapi pemilik pemilik tempat tempat tersebut telah BERKAWAN atau buat kawan dengan penguatkuasa penguat kuasa melayu termasuk polis dan sebagainya. mengapa jadi begitu ? kerana mereka tahu setiap suapan andaikanlah RM1000 akan membawa pulangan yang berlipat kali ganda. dan ini telah menjadi intipati dalam sanubari mereka bahawa dengan memberi sedikit akan menerima laba keuntungan yang berlipat lipat kali ganda.
Budaya ini dibawa dari negara asal mereka dan dibudayakan disini, kenapa hari ini kita harus menunding jari hanya kepada kerajaan yang memerintah sedangkan mereka yang tidak berhenti henti memberi dan membuat kawan.
Raja dadah raja segala maksiat juga datang dari sini, hingga akhirnya bila terlampau ramai masyarakat terlibat dengan dadah meningkatkan lagi kepada masaalah jenayah, dan apabila jenayah meningkat ditunding pula jari kepada pihak polis yang tidak membuat kerja. Adilkah ini? kita harus kaji punca dari mana masaalah berlaku bukan hanya menundingkan jari kepada orang. Kalau pemberian terhenti maknanya tiada juga peneriamaan.
Akhir akhir ini warga bangla dan indonesia juga sudah berani menghulurkan wang. siapakah yang mengajar mereka? Tuan tuan empunya syarikat lori dan sebagainya telah menyediakan sampul untuk menempuh sekatan jalanraya.
Akan tetapi masyarakat melayu sekarang ini makin sedar dan peka terhadap sekeliling, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus , tepung jangan beselerak.
Wallahualam..
Thursday, 25 April 2013
Damage control oleh pengerusi bn di kuala kangsar
Pengerusi BN najib razak ke kawasan parlimen Kuala Kangsar untuk damage control setelah naib ketua wanita umno bertanding atas tiket bebas di parlimen tersebut. Ini memberi lebih keyakinan atas penerangan oleh pengerusi bn dan presiden umno sendiri atas kekecewaan dato kamillia bertanding sebagai calon bebas.
Saya serius Yusof bebas calon n17
Saya mengetahui segala permasalah rakyat pokok assam, bukan sekadar menurap jalan dan mengorek longkang seperti adun adun sebelumnya.. ramai pengundi datang ke pejabat saya dan mengadu pelbagai masaalah rakyat. Saya juga serius untuk mewakili dun pokok assam sekiranya terpilih. Bukan sekadar mengejar populariti.
Tuesday, 23 April 2013
Laporan Polis Terhadap Kenyataan Hadi Awang Mengenai Calon PKR Jual Pil Kuda
Seorang aktivis sosial yang bernama Hamdan Bin Osman bersama 20 yang lain telah membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai calon PKR yang menjual pil kuda.
Kenyataan Hadi adalah seperti dalam video dibawah ini:
Menurut Hamdan Osman perkara yang dinyatakan oleh Hadi Awang merupakan satu kenyataan yang serius, melampaui batas politik.
"Menjual pil kuda adalah satu kesalahan jenayah. Hadi Awang perlu mendedahkan siapa yang dimaksudkan olehnya. Sekiranya beliau tidak berbuat demikian beliau haruslah didakwa dimahkamah sebagai seorang pemimpin yang melindungi penjenayah", kata Hamdan lagi ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat.
Ada kemungkinan Hadi Awang cuba menuduh calon PKR bagi Dun Seberang Takir iaitu Ahmad Nazri Mohd Yusoff seorang usahawan yang mempunyai farmasi di Kemaman Terengganu.
Hamdan berharap pihak polis membuat sisatan terperinci mengenai kenyataan Hadi Awang ini.
Saturday, 20 April 2013
Khalid Samad Kelaku serupa Kaldai
Malas nak cerita panjang tengok dan nilai seorang pemimpin pas berperangai serupa kaldai
Ini review dari orang lama buat P.60 Taiping
En. Ahmad bin Haji Kenek Orang Lama UMNO Bahagian Taiping memberi pendapat tentang PRU13 dan nasihat buat pengundi muda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
